Kali ini admin mulakan dengan memberi definisi kepada perkataan-perkataan diatas. Tujuannya supaya anda yang mahir berbahasa inggeris dan juga yang fasih berbahasa melayu mudah untuk memahami sub topic kali ini. Admin semasa form 4 belajar fizik guna bahasa melayu, tapi admin rasa susah nak “tangkap” maksud-maksud perkataan diatas dalam BM kerana admin jarang menggunakan perkataan-perkataan tersebut. Admin lebih senang nak bayangkan maksud perkataan tersebut kalau guna English (tapi yg lain admin prefer BM la).

Bagi memudahkan lagi kita memahami konsep persis, jitu, peka ini pihak admin telah menghasilkan gambar rajah seperti dibawah yang mana anda semua pasti familiar dengannya jika anda selalu membuka buku rujukan fizik. Bayangkang anda dan 3 orang lagi rakan anda menyertai satu pertandingan memanah. Hasilnya adalah seperti dibawah. Pasti anda pernah dengar phrase seperti dibawah

Maka admin mahu anda dan rakan-rakan anda untuk berbincang mengenai gambar-gambar dibawah. There are 4 photos, so literally you and your friends should at least have 4 thousand words to describe it. LOL

Now let’s move on to ERROR. So basically based on the diagram above there are 2 types of errors, which are systematic error & also random error. But thing doesn’t just end there, I shall brings you guys a bit deeper. Let’s focus on systematic errors first before proceed with random error.

Ralat Sistematik.

Ralat sistematik adalah ralat semasa pengukuran dibuat yang disebabkan oleh beberapa punca seperti:

- Keadaan alat pengukur

- Kesan persekitaran

Bacaan yang diperoleh dengan menggunakan peralatan pengukuran yang mempunyai ralat sistematik selalunya akan menunjukkan magnitud bacaan yang hampir sama atau hanya satu arah sahaja. Nilai setiap bacaannya juga akan sentiasa besar atau sentiasa kecil daripada nilai sebenar bacaan. Rajah dibawah menunjukkan contoh ralat sistematik. 

Zero errors:

Zero error atau ralat sifat berlaku apabila alat pengukur masih memberi bacaan bukan sifat sedangkan sepatutnya alat tersebut memberikan bacaan sifar. Sebagai contoh, sekiranya admin menggunakan vernier calliper seperti dibawah untuk mengukur sesuatu, maka setiap bacaan admin akan mempunyai nilai yang lebih besar dari nilai sebenar kerana angkup vernier ini mempunyai 0.02cm ralat sifat.

Improper use of the instrument:

Alatan pengukuran yang tidak digunakan dengan kaedah yang betul yang berpunca daripada kelemahan pengukur juga akan menyebabkan nilai ukuran menjadi tidak tepat. Contoh kelemahan pengukur adalah seperti tempoh reaksi untuk memberhentikan jam randik yang berbeza-beza.

Errors from instruments:

Terdapat juga alat pengukuran yang bermasalah, ini sudah pasti memberikan bacaan yang tidak tepat. Sebagai contoh, sekiranya admin menggunakan jam randik yang lebih pantas dari kebiasaanya, tempoh masa yang admin rekodkan pastinya akan menjadi lebih panjang. Antara contoh alat pengukur lain adalah ammeter, ammeter yang diimport dari Jepun akan memberikan bacaan yang berbeza dengan ammeter yang dihasilkan di Malaysia kerana ammeter dari Jepun telah di “calibrate” kan disana yang mempunyai medan magnet dan suhu yang berbeza dengan negara kita.

Wrong assumption:

Selalu pada level SPM, banyak anggapan-anggapan yang dibuat untuk memudahkan para pelajara memahami fizik. Malangnya, di dalam dunia sebenar, anggapan ini adalah salah dan ini juga adalah salah satu contoh error. Sebagai contoh, para pelajar sekolah menengah diajar bahawa kelajuan maksimum cahaya di dalam ruang vakum adalah 3x10^8 ms-1. Tetapi kelajuan maksimum cahaya di dalam ruang vakum adalah 2.997x10^8 ms-1. Maka perbezaan sebanyak 0.003 x10^8 ms-1  akan menyebabkan pengiraan kita tidak tepat.

Cara mengurangkan & mengatasi ralat sistematik.

Untuk mengatasi ralat sistematik, ianya bukan sekadar mengambil bacaan berulang kali menggunakan kaedah dan peralatan yang sama tetapi ralat sistematik dapat diatasi atau dikurangkan dengan menambaik lagi kaedah pengukuran yang digunakan, menggunakan alat pengukur yang lebig jitu & tepat, atau pun orang yang lebih mahir yang mengambil bacaan.

Ralat Rawak.

Dari 2 perkataan diatas, admin rasa anda sudah pun dapat meneka apa yang dimaksudkan dengan ralat rawak ini. Ralat rawak membawa maksud ralat yang disebabkan kesilapan individu yang membuat bacaan atau pun ralat yang berpunca daripada perubahan persekitaran. Kesan daripada ralat rawak ini adalah seperti nilai bacaan yang tidak konsisten, nilai bacaan bertukar antara positif & negatif. 

Parallax Error.

Parallax error terjadi apabila kedudukan mata pencerap bacaan tidak perpendicular (tidak berserenjang) dengan skala bacaan (eg. pembaris, silinder penyukat).

Counting’s errors.

Manusia tidak terlepas didalam membuat kesilapan, begitu juga didalam menjalankan eksperimen dan mengambil bacaan data. Kadang – kadang ahli fizik juga membuat bacaan dengan mengambil bacaan yang salah.

Natural Errors.

Perubahan suhu sekeliling semasa menjalankan eksperimen mungkin boleh mendatangkan kesan terhadap bacaan data. Peredaran angin juga boleh merubah keputusan eksperimen.

Cara mengurangkan & mengatasi ralat rawak.

Bagi mengurangkan atau mengatasi ralat rawak, terdapat beberapa kaedah yang menjadi amalan ahli fizik (walaupun agak leceh) seperti mengulangi bacaan dan mencari purata bacaan.